5 Feb

Apa Hukum Hisap Shisha?

Apa Hukum Hisap Shisha?

Apa Hukum Hisap Shisha?

Apa Hukum Hisap Shisha?

Bila mana hidup di bumi Mesir ini, sering kali saya melihat orang Arab mahupun rakan-rakan saya menghisap shisha. Kekadang tertanya juga, apakah hukum hisap shisha dari sudut pandangan islam? Apa kaitan tak rokok dan shisha?

Semua sedia maklum, di negara Arab memang terkenal dengan budaya orang arab yang suka dengan minum teh dan menyedut shisya pada setiap hari tidak kira malam atau pagi.

Pergi je di mana-mana pasti kita boleh lihat budaya tidak sihat ini. Cuma kesian apabila rakan-rakan kita pun terlibat sama dalam budaya orang arab ini. Sebagai seorang Muslim, sewajarnya kita hindari perkara-perkara tidak sihat dan membuang masa.
Kali ini, ingin saya kongsikan Hukum Hisap Shisha sama dengan Menghisap Rokok bersama semua pembaca. Tiada masalah untuk dijadikan sebagai rujukan dan disebarkan kepada rakan yang lain.

Persoalan :

1. Apa Hukum Hisap Shisha?

2. Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok?

3. Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?

Beberapa noktah penting hukum Menghisap Shisha :

1. Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak.

2. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok).

3. Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut.

4. Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia.

5. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di bawah apabila diperhati maksud kedua-duanya.

Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), “Apakah yang dihalalkan bagi mereka”? Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)

Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A’raf: 157)

Cukup lah 5 noktah penting berkenaan dengan soal bolehkah kita menyedut Syisha.

Moga semua umat islam dapat mengambil iktibar. Perkara yang jelas haram kekadang perkara itu yang paling seronok untuk dilakukan. Dan perkara yang haram membawa kepada dosa besar dan dimasukkan ke dalam Neraka Nazubillah.

Saya berharap agar saya pun dihindari dari melakukan perkara sia-sia dan tidak memberi apa-apa faedah pada diri mahupun masyarakat.

Sumber rujukan : MUIS HUKUM HISAP SHISHA & ISLAM TODAY

Apa Hukum Hisap Shisha?

Comments

comments

Comments
  1. Muktasim
    • emrys
  2. Aya
  3. donnyien
    • emrys
      • dina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


− 2 = 1

CommentLuv badge